Karier kelab Valon_Behrami

Awal karier

Behrami memulakan karier bola sepaknya bersama kelab Switzerland, FC Stabio, FC Chiasso dan FC Lugano. Selepas beberapa penampilan cemerlang bersama Lugano, dia ditandatangani oleh kelab Itali, Genoa pada musim 2003–04 dan bermain untuk Genoa dalam Serie B. Pada musim 2004–05, Genoa membeli hak Udinese untuk pemain itu dan meminjamkannya kepada Verona dalam Serie B.

Lazio

Selepas musim cemerlang bersama Verona, Lazio menandatanganinya pada 25 Julai 2005 dengan perjanjian milikan-bersama bernilai €2.7 juta.[2] Lazio membelinya pada bulan Januari 2006 dengan harga yang sama.[3]

West Ham United

Pada 23 Julai 2008, West Ham United menandatangani Behrami dari Lazio dengan pemain itu menandatangani kontrak lima tahun dan yuran sebanyak £5 juta.[4] Behrami membuat penampilan sulungnya untuk West Ham ketika kemenangan 2–1 ke atas Wigan Athletic pada 16 Ogos 2008.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland pada 23 November 2008.[6]Ketika perlawanan menentang Manchester City pada 1 Mac 2009,[7] dia mengalami kecederaan[8]. Behrami kembali beraksi pada 12 September 2009 dalam perlawanan menentang Wigan Athletic.[9]

Fiorentina

Pada 26 Januari 2011, Behrami berpindah ke Fiorentina dengan yuran yang tidak didedahkan, menandatangani kontrak tiga tahun setengah.[10][11]Dia membuat penampilan sulungnya untuk Fiorentina pada 29 Januari 2011, dalam perlawanan Serie A menentang Lazio.

Napoli

Pada 17 Julai 2012, Behrami dan rakan sepasukannya di Fiorentina, Alessandro Gamberini ditandatangani oleh Napoli dengan yuran yang tidak didedahkan.[12]

Hamburg

Pada 31 Julai 2014, Behrami terbang ke Jerman untuk melengkapkan ujian medikal sempena perpindahan bernilai €4.5 juta ke Hamburg. Pada 2 Ogos 2014, perpindahan itu dilengkapkan.[13]

Watford

Pada 11 Julai 2015, Behrami memerhati ketika rakan sepasukannya seri 2-2 dengan AFC Wimbledon. Kemudiannya tengah hari itu, kelab itu mengesahkan bahawa Behrami telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Watford.[14]

Rujukan

WikiPedia: Valon_Behrami http://www.behrami85.com http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://www1.skysports.com/football/news/11095/9910... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.uefa.com/memberassociations/news/newsid... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/news/newsid=1... http://www.whufc.com/articles/20110125/behrami-dep... http://www.whufc.com/page/News/0,,12562~1346270,00... http://www.sscnapoli.it/static/news/Napoli,-ceduto...